Tuesday 20 March 2012

Pengenalan


Program QS-Bina Kembali Ke Pangkuan (QaSih ’12) merupakan satu platform untuk sesi perjumpaan semula para Alumni Ukur Bahan & Pembinaan serta mempereratkan lagi silaturrahim para mahasiswa Ukur Bahan & Pembinaan UTM dengan para Alumni Ukur Bahan & Pembinaan UTM. Jabatan Ukur Bahan, menyedari akan kepentingan memperkukuhkan  hubungan antara Alumni dengan UTM untuk membantu meningkatkan kecemerlangan UTM sebagai universiti terulung. Program ini juga bertujuan untuk platform mengumpul dana daripada para alumni untuk memperkasakan  tabung Endownment untuk pembangunan mahasiswa Ukur Bahan & Pembinaan. Pelbagai aktiviti akan diadakan dan para mahasiswa bukan sahaja dapat mengenali para pensyarah dan alumni dengan lebih akrab, malah dapat mewujudkan semangat yang tinggi untuk mencontohi dan mencapai kejayaan profesional yang membanggakan.